Sunday, June 23, 2013

Bersyukur :)

Alhamdulilaah, Selamat menyambut Nisfu Sya'ban... bagi yang boleh berpuasa , bolehla berpuasa sunat esok. Saya doakan yang terbaik untuk semua, sayangnya saya x dapat nak berpuasa. Ok, baru je masuk sem baru sem 2 PISMP, dah banyak membusykan diri pada minggu pertama lagi, urus perhimpunan rasmi sambutan hari guru bersama rakan-rakan dari kelas lain. penat sangat xda rest pulak, sabtu tu ada kelas ganti tenis , tengok perlawanan persahabatan antara IPGKTAR dan IPBL pulak, memang baguslah program macam ni boleh eratkan ikatan persahabatan dan perkongsian antara IPG lain kot. Sebut pasal result, result sem lepas dah pun keluar, ALHAMDULILLAH, semua kawan saya lulus, sangat bersyukur ...moga2 pada sem ini kami dapat buat yang lebih baik dan dapat meningkatkan lagi pencapaian. GOOD LUCK kawan2. Aku bingung jugak ni, aku ambil elektif muzik nanti untuk sem 3 , mungkin itu pengalaman pertama aku dalam bidang muzik, tapi apa2 pun aku memang minat muzik walaupun tak pandai bermain instrument2, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjalani dan memahami muzik hehhe,,,, takda benda yang senang untuk digapai dalam dunia ini, yang penting usaha, doa dan tawakal mesti ada, Aku yakin aku mesti boleh buat, kalau orang lain boleh buat mengapa aku tidak boleh. Doakan aku yer kawan2..

Kalau ada siapa2 yang ada simpan nota untuk elektif Muzik PISMP tu, bolehla kongsi2 kan dengan aku. Boleh jugak bantu aku belajar dari awal2 ni macam mana nak belajar kod dan teori subjek muzik PISMP. Sem ini jugak aku dah mula busy ikut Kursus belajar memandu kat KMKS di samarahan ni, aku ambil dua2 sekali lesen untuk kereta dan motosikal, Kursus undang2, computer test dan bengkel kereta dah lepas, sekarang aku kena cari masa nak habiskan amali 3 jam untuk motosikal pulak. Memang susah nak cari masa untuk belajar memandu ni di samping waktu kuliah, tapi kalau ada masa free aku akan ikut je la,,...tak sabar nak dapat lesen.

Tahun nie, tak tahu lagi nak raya kat mana, mungkin kat samarahan je kot, buat kali pertamanya tak balik kampung halaman , sedihnya,..sejak nenek dah meninggal AL-FATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat, amin...

P/S : Terima kasih kawan2 blogger, sebab sudi baca luahan hati nie...

2 comments:

  1. assalamualaikum sehah...
    salam singgah...
    beysala ya mun dh msok mktb ng byk keja... y pntg embk byk2 bsbr jak... makin nait sem mkin bz kott... hehe.... sama2lah kita bdoa kita bjaya mharungi khdpn utk mjd seorg pendidik kelak.. amin....`~

    ReplyDelete
  2. yalah tek wani, ktk pun sama juak,, semoga dapat berjaya menghadapi apa2 juak dugaan dan cabaran belajar kat negeri org , cgek gik, mun dah sampei seru kawen lak, jangan lupak jemput k :D

    ReplyDelete