Wednesday, January 30, 2013

cinta dalam hati

Sukar untuk melupakan semuanya,,, andai semuanya dapat diulang semula dan kembali pada yang asal, aku pasti akan ubah pemikiran dan pilihan aku. Aku memang mungkin hanya bertepuk sebelah tangan namun semua itu bukan kehendak aku, kerana aku dah terlanjur menyukai kamu dahulu. Sekuat atau sekeras mana pun aku ingin melupakannmu, kau selalu hadir di setiap mimpi-mimpiku. Alangkah indahnya jika aku boleh menyukai orang lain yang rela menerima aku apa adanya. Namun itu semua hanya angan2 semata-mata. Walau aku cuba menjauhkan diri daripada realiti tersebut , aku mesti juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Maafkan aku kerana menyukaimu dan menganggap kau lebih daripada seorang sahabat. Apakan daya, aku tak mampu nak mengulangi semuanya lagi.

Ku ingin kembali pada hati ku yang asal, sukar menerima cinta dan rasa sayang. Aku mungkin kelihatan tegar di luar tapi sebenarnya dan hakikatnya hati aku menangis di dalam memikirkanmu. Aku tahu perasaan aku ini salah ,,, walaupun begitu aku ingin kau bahagia bersama si dia ...:)

Terima kasih atas semua perhatian yang telah kau berikan pada aku selama ini, walau jauh di mata kau tetap tersimpan di lubuk hati aku yang paling dalam..

No comments:

Post a Comment