Wednesday, January 30, 2013

cinta dalam hati

Sukar untuk melupakan semuanya,,, andai semuanya dapat diulang semula dan kembali pada yang asal, aku pasti akan ubah pemikiran dan pilihan aku. Aku memang mungkin hanya bertepuk sebelah tangan namun semua itu bukan kehendak aku, kerana aku dah terlanjur menyukai kamu dahulu. Sekuat atau sekeras mana pun aku ingin melupakannmu, kau selalu hadir di setiap mimpi-mimpiku. Alangkah indahnya jika aku boleh menyukai orang lain yang rela menerima aku apa adanya. Namun itu semua hanya angan2 semata-mata. Walau aku cuba menjauhkan diri daripada realiti tersebut , aku mesti juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Maafkan aku kerana menyukaimu dan menganggap kau lebih daripada seorang sahabat. Apakan daya, aku tak mampu nak mengulangi semuanya lagi.

Ku ingin kembali pada hati ku yang asal, sukar menerima cinta dan rasa sayang. Aku mungkin kelihatan tegar di luar tapi sebenarnya dan hakikatnya hati aku menangis di dalam memikirkanmu. Aku tahu perasaan aku ini salah ,,, walaupun begitu aku ingin kau bahagia bersama si dia ...:)

Terima kasih atas semua perhatian yang telah kau berikan pada aku selama ini, walau jauh di mata kau tetap tersimpan di lubuk hati aku yang paling dalam..

Tuesday, January 22, 2013

Januari Dah nak Habis ...

Assalammualaikum, dan salam sejahtera buat semua rakan blogger yang kusayangi dan kusanjungi haha,, Macam nak buat ucapan pulak aku nie kan hehe.

Bulan Januari pun dah nak habis dah, aku baru jer nak post entry kan pelik betul la aku ni kan memalukan jer . Bulan nie nothing special bagi aku sebab aku rasa kecewa n kurang perhatian dan kasih sayang. Semenjak mak ku sakit nie, aku kena balik rumah tiap2 hujung minggu , ulang alik dari IPG untuk balik ke rumah. Semua kerja rumah, aku yang buat , penat la jugak, nak buat macam mana kan dah nama tanggungjawab seorang anak kan lebih-lebih lagi aku sorang-sorang je perempuan kan.

Aku nak catat semua jer apa yang ku rasa dalam blogger entry nie, memang la bulan nie banyak perasaan yg aku alami dalam bulan nie...banyakla,,,, sedih, nangis, gembira, berdebar-debar dan macam lagi . Jujurla sekarang nie aku tengah rindu sangat2 kat seseorang nie, xtahu kenapa la... mengapa...dan bagaimana.... mengawal perasaan ini.

Walaupun hidup nie banyak sangat dugaan dan cabaran tapi semuanya memang menjadikan diri aku nie untuk jadi seorang yang lebih tabah dan memahami segala situasi. Ada lagi nie, jangan tak baca heheh,, aku sekarang nie tengah berusaha untuk menyimpan duit untuk beli sesuatu yang paling berharga untuk aku. IN SHA ALLAH kalau ada rezeki aku beli, Amin.....