Sunday, December 22, 2013

Sharing is Caring

Assalammualaikum dan selamat pagi dan salam subuh, tibe2 pulak rasa xdapat tido, dah berapa kali cuba dah nak tutup mata tapi masih juga xdapat, jadi bukak blog la hehe,, hairan jugak sebenarnya beberapa kali dah nak post something kat blog guna browser google chrome tapi xdapat pulak ... pelik kan??/ hehhe,,

Anyway aku nak upload gambar2 kat bawah ni hehhe,,, lama da xupdate baru ada kesempatan hehe.. Ini kisah untuk sem 2 PISMP aku kat IPG, malas nak buat banyak entry jadi aku upload je la sekaligus kan... lagi la bagus. Banyak jugak event untuk sem lepas dan sem baru ni aku rasa makin busy kot... cuti pun dah xlama lagi, sekejap je masa berlalu dan aku masih ada masa 3 tahun lagi untuk habiskan degree kat sini,,, harap2 dipermudahkan la... IN SHA ALLAH Amin...

Jom Tengok2 hehe;
ok yg first nie pasal PBS  ( Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 2 )
aku pilih sekolah kebangsaan Dato'Mohd Musa...
 
Aku dan partner PBS merangkap classmate dan kawan aku hehhe Miss Dara Suliana.. Terima kasih sanagt2 aku nak ucapkan kat dia sebab sepanjang 2 sem aku ikut PBS nie dialah partner aku yg pling sporting dan sem depan ni mungkin aku xdapat nak pbs dengan dia lagi,, sedih pulak,...

Last day PBS.. gembira je kan,, sebabnya outing gi Summer Mall lepas tu hahha
 
 
 


 
rindu pulak aku dengan mereka ni,,, Kanak-kanak prasekolah,, mereka mungkin banyak yang nakal tapi aku suka sangat sebab mereka ni sporting,,, lagi2 dua budak prasekolah yang salu kacau aku sengan Dara iaitu si Hazaril dengan fitri ( xpasti nama ni betul ke x )  kalau xsilap nama dia ,, aku pun dah lupa..
 
( hijrah, isma, zizah,cincin dan Aku)
ok yang ni pulak , aku ngan kawan2 aku berbakti untuk Sambutan Hari Kemerdekaan di Kuching Sarawak dan Hari jadi TYT yg ke 92 yang lepas. Satu batch pulak yang ikut tu,, meriah jugak dan yang pasti memang penat tapi best jugak banyak kenangan tyme ni... kami berpompom dan jadi pasukan koir hehhe
 

(Isma, Aku, Rosma, Dara, Hijrah dan yg ambil pic ni Sri (xde dlm pic sorry) )
 
Nie pulak antara event yg aku dan kawan2 ikut,.. Program 10,000 langkah dan KEMPEN NAK SIHAT hehhe,,, aku nie jrg exercise jadi teringin pulak nak ikut event mcm ni hahha
 
 (Aku, Cin, Isma, Zizah dan Aziz)
 
Malam Merdeka Raya..... Best jugak
 
Ini Pulak malam Dinner IPG kami org buat kali kedua,,, dalam IPG je tapi design dewan nie meang cantik sebab tema kali ini ialah Colour Blocking...
 
                                                     
Dengan roommate aku, Dayang Azizah... Miss u rumet,,,
 
 
dengan Dara hehe

dengan Hijrah pulak,,, (Thanks to Cincin sebab tolong make up aku,,, aku jarang pakai make up nie xreti sangat)
 
 
 
Ok, yg nie pulak aku lupa nama larian nie, tapi yg pasti larian nie kat area IPG je,, memang best la release tension, xde pulak aku berlari berjalan je kot haha
 Pic nie aku ambil dari hp zizah hehhehh. Thanks zizah :D
 
 
 
Overalll ni je yg sempat aku ceritakan untuk sem 2 yg lepas,,, dan Alhamdulillah result exam baru je keluar 19 Disember yang lepas Anyway aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua Guru Pleatih IPGKTAR kerana lulus dengan cemerlang. Walaupun ada sedikit kecewa kerana aku xdpt capai target sem ni,, tapi xpa masih ada 6 sem lagi untuk perbaiki diri aku sendiri dan study hehe. Dan untuk Bakal Guru yang akn berposting maybe  bulan Januari ini iaitu Senior kami Jutaan Tahniah kerana dapat menamatkan pengajian 5 tahun setengah di IPG dengan jayanya,,, turn aku masih lama lagi ada 3 tahun  huhu ,,,,,
 
 
Sem 3 nie aku bakal ambil subjek elektif Muzik prasekolah,, neves jugak sebenarnya banyak org kata susah la apalah
Tapi kalau x susah xmencabar jugak,,, semua subjek memang susah sebenarnya tpi bergantung jugak dengan usaha kita dan keyakinan diri,, Walaupun aku xda basic but  will try the best that I could... speaking pulak hehhe....
 
 
Wassalam..... Salam Subuh :D

 
 
 

Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya :P

Selamat Hari Raya kengkawan semua, mintak maaf zahir dan batin kalau banyak buat silap... nak duit raye boleh? hehheheh :D






Sunday, August 4, 2013

Coretan Hati

Sejak dua menjak ni, hati aku sangat sensitif, walaupun sesuatu perkara tu macam kecil saja di mata orang lain, namun bagi aku ianya sangat besar dan menyakitkan hati aku, Ya Allah, mengapa aku selalu berperasaan begini, harus bagaimana lagi aku harus melupakan segala sesuatu yang remeh temeh seperti ini, Aku sedar aku memang tidak layak untuk berbicara apa-apa namun aku hanya mampu meluahkan perasaan di dunia maya ini. Walaupun berapa kali sudah aku berusaha untuk tidak menitiskan air mata, namun air mata aku tidak pernah kering dan sentiasa bergenangan di saat hatiku mudah terasa. Mungkin ini memang salah diri aku yang tidak mampu membezakan gurauan atau kenyataan....Mudah-mudahan aku mampu menghadapai dugaan dan cabaran lain selepas ini Amin.... Allah sentiasa bersamaku.... :)




Sunday, July 7, 2013

HANYA AKU - HYPERACT JoM DeNgAr :)

Lirik Lagu - Hanya Aku

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu


[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku


Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu


Repeat [*]


Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku


Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
video


JOM DENGAR SAMA2 :D

Salam Ramadhan yang bakal tiba :D

Assalammualaikum w.b.t,

hai kawan2, apa khabar semua? memang susah nampaknya aku nak update blog nie selalu, jadi, bila aku ada free je aku dapat update tu pun kalau ada internet. Sebut pasal Ramadhan, memang tak lama lagi dah nak puasa, memang x sabar nak puasa ni, hehhe, Semoga korang semua dapat puasa penuh tahun nie kalau xda aral yang melintang (faham2 lah ye,,terutamanya yang perempuan). Ada satu lagi azam aku tyme nie,, selepas habis puasa nanti aku nak try berpuasa enam kalau mampu IN SHA ALLAH,, Amin.. Begitu juga dengan korang, aku harap korang pun dapat berpuasa enam nanti ...

Bulan lepas dan masuk bulan nie macam2 jadi kat diri aku, tapi apa boleh buat masalah pasti akan datang dan aku bersyukur pada Allah kerana itu tandanya dia masih sayangkan aku umatnya yang kerdil ini. Aku redha jika aku diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Aku ada satu nasihat untuk korang pasal kawan ataupun sahabat, sebagai seorang kawan ataupun sahabat yang baik , aku harap korang jangan pernah sekali-kali menghancurkan kepercayaan sahabat korang selama ini kepada korang, hargailah mereka, bukan senang nak cari sahabat yang ada tika susah dan senang.... Aku pun banyak khilaf, aku juga pernah buat salah tapi aku akan cuba untuk lakukan yang terbaik buat  sahabat-sahabat aku. Sebagai seorang sahabat yang baik juga, korang harus faham situasi sahabat korang masing-masing, jangan mudah berprasangka buruk kalau xda bukti yang kukuh ataupun petunjuk yang benar. Apa-apapun , aku doakan korang semua jadi sahabat yang terbaik dan saling mengisi kekosongan antara satu sama lain.

lagi satu, aku kena minum air kosong banyak2 mulai dari sekarang sebab banyak sangat penyakit yang menyerang aku, aku juga tak boleh makan makanan yang banyak kolestrol ,....aku kena amalkan gaya hidup sihat kata doktor, hehhe,, tapi aku taklah risau sangat cuma aku perlukan masa untuk berehat kot... doakan aku yer, moga2 dipermudahkan segala urusan ...Amin :)

Sunday, June 23, 2013

Bersyukur :)

Alhamdulilaah, Selamat menyambut Nisfu Sya'ban... bagi yang boleh berpuasa , bolehla berpuasa sunat esok. Saya doakan yang terbaik untuk semua, sayangnya saya x dapat nak berpuasa. Ok, baru je masuk sem baru sem 2 PISMP, dah banyak membusykan diri pada minggu pertama lagi, urus perhimpunan rasmi sambutan hari guru bersama rakan-rakan dari kelas lain. penat sangat xda rest pulak, sabtu tu ada kelas ganti tenis , tengok perlawanan persahabatan antara IPGKTAR dan IPBL pulak, memang baguslah program macam ni boleh eratkan ikatan persahabatan dan perkongsian antara IPG lain kot. Sebut pasal result, result sem lepas dah pun keluar, ALHAMDULILLAH, semua kawan saya lulus, sangat bersyukur ...moga2 pada sem ini kami dapat buat yang lebih baik dan dapat meningkatkan lagi pencapaian. GOOD LUCK kawan2. Aku bingung jugak ni, aku ambil elektif muzik nanti untuk sem 3 , mungkin itu pengalaman pertama aku dalam bidang muzik, tapi apa2 pun aku memang minat muzik walaupun tak pandai bermain instrument2, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjalani dan memahami muzik hehhe,,,, takda benda yang senang untuk digapai dalam dunia ini, yang penting usaha, doa dan tawakal mesti ada, Aku yakin aku mesti boleh buat, kalau orang lain boleh buat mengapa aku tidak boleh. Doakan aku yer kawan2..

Kalau ada siapa2 yang ada simpan nota untuk elektif Muzik PISMP tu, bolehla kongsi2 kan dengan aku. Boleh jugak bantu aku belajar dari awal2 ni macam mana nak belajar kod dan teori subjek muzik PISMP. Sem ini jugak aku dah mula busy ikut Kursus belajar memandu kat KMKS di samarahan ni, aku ambil dua2 sekali lesen untuk kereta dan motosikal, Kursus undang2, computer test dan bengkel kereta dah lepas, sekarang aku kena cari masa nak habiskan amali 3 jam untuk motosikal pulak. Memang susah nak cari masa untuk belajar memandu ni di samping waktu kuliah, tapi kalau ada masa free aku akan ikut je la,,...tak sabar nak dapat lesen.

Tahun nie, tak tahu lagi nak raya kat mana, mungkin kat samarahan je kot, buat kali pertamanya tak balik kampung halaman , sedihnya,..sejak nenek dah meninggal AL-FATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat, amin...

P/S : Terima kasih kawan2 blogger, sebab sudi baca luahan hati nie...

Thursday, May 30, 2013

Salam akhir Mei :)

Assalammualaikum rakan blogger,,, lama jugak dah x update blog rasanya nie. Kalau boleh dikira jam, minit dan saat, busy sangat la semester ni, baru je semester 1 degree kat IPG tapi dah mcm mengalahkan senior2 yang sem 7 tu yg lebih banyak tanggungjawab dari aku. Apa-apapun, aku nak ucap selamat bercuti dan selamat menyambut Gawai walaupun nampaknya aku sudah agak terlewat untuk mengucapkannya, terima kasih jugak ku ucapkan kepada rakan2 yang salu singgah n lawat blog aku nie n tinggalkan pesanan kat chatbox, aku hargai segala yang korang cakap baik2 tu......

(akudahmulalupakanorangyangakusayangituwalaupunakutahukenyataandan hakikatnyasukaruntukmelupakannyamungkinadalagiyanglebihbaikdaridia)

Xsabar la nak masuk bulan ramadhan nie, macam xlama lagi kan,, azam aku tahun nie nak ubah diri ke arah yang lebih baik dan IN SHA ALLAH... aku ingin menemui malam LailatulQadar,,,itu adalah impian setiap insan muslim dan muslimah,,, Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk aku menghadapi ramadhan akan datang nie..... :)


Wednesday, February 20, 2013

Langkah Semakin Menjauh

HAI ku ucapkan kepada silent blogger dan Assalammualaikum ku ucapkan buat semua blog reader yang setia membaca perkhabaran dan entry dari aku, thanks sangat2.... Actually hari nie aku just nak cerita tentang apa yang jadi kebelakangan ini. Pertama sekali, aku nak ucapkan takziah kepada kawan aku HIJRAH dan keluarga dia kerana, ibu dia baru saja meninggal pada hari isnin ni tadi (18/2/2013) . salam takziah ku ucapkan kepada dia,,,semoga ktk tabah hijrah , hadapi segala cubaan dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t tok. Moga2 ktk terus tegar dalam menjalani kehidupan, IN SHA ALLAH... Amin...

kembali kepada kisah aku, aku sekarang nie belum dapat melupakan segalanya tentang si dia, apa yang ku dengar, lihat, ingat dan tidak sengaja terlintas di fikiran semuanya tentang dia, tapi macammana lah aku nak lupakan dia kalau aku masih belum bersedia... tapi aku akan berusaha untuk lupakan dia juga, APA guna melukut di tepi gantang kalau orang tu dah tidak sudi, lebih baik menyendiri,,,

Aku memang sedih tyme cuti CNY nie tadi, banyak perkara yang kurang baik dan masalah yang aku hadapi semasa cuti tapi aku tetap tabahkan hati aku, walau aku tahu aku tidak mampu untuk mengharungi semua itu namun, aku tahu Allah s.w.t sentiasa bersama aku di setiap waktu dan di mana2 sahaja.........





Wednesday, January 30, 2013

cinta dalam hati

Sukar untuk melupakan semuanya,,, andai semuanya dapat diulang semula dan kembali pada yang asal, aku pasti akan ubah pemikiran dan pilihan aku. Aku memang mungkin hanya bertepuk sebelah tangan namun semua itu bukan kehendak aku, kerana aku dah terlanjur menyukai kamu dahulu. Sekuat atau sekeras mana pun aku ingin melupakannmu, kau selalu hadir di setiap mimpi-mimpiku. Alangkah indahnya jika aku boleh menyukai orang lain yang rela menerima aku apa adanya. Namun itu semua hanya angan2 semata-mata. Walau aku cuba menjauhkan diri daripada realiti tersebut , aku mesti juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Maafkan aku kerana menyukaimu dan menganggap kau lebih daripada seorang sahabat. Apakan daya, aku tak mampu nak mengulangi semuanya lagi.

Ku ingin kembali pada hati ku yang asal, sukar menerima cinta dan rasa sayang. Aku mungkin kelihatan tegar di luar tapi sebenarnya dan hakikatnya hati aku menangis di dalam memikirkanmu. Aku tahu perasaan aku ini salah ,,, walaupun begitu aku ingin kau bahagia bersama si dia ...:)

Terima kasih atas semua perhatian yang telah kau berikan pada aku selama ini, walau jauh di mata kau tetap tersimpan di lubuk hati aku yang paling dalam..

Tuesday, January 22, 2013

Januari Dah nak Habis ...

Assalammualaikum, dan salam sejahtera buat semua rakan blogger yang kusayangi dan kusanjungi haha,, Macam nak buat ucapan pulak aku nie kan hehe.

Bulan Januari pun dah nak habis dah, aku baru jer nak post entry kan pelik betul la aku ni kan memalukan jer . Bulan nie nothing special bagi aku sebab aku rasa kecewa n kurang perhatian dan kasih sayang. Semenjak mak ku sakit nie, aku kena balik rumah tiap2 hujung minggu , ulang alik dari IPG untuk balik ke rumah. Semua kerja rumah, aku yang buat , penat la jugak, nak buat macam mana kan dah nama tanggungjawab seorang anak kan lebih-lebih lagi aku sorang-sorang je perempuan kan.

Aku nak catat semua jer apa yang ku rasa dalam blogger entry nie, memang la bulan nie banyak perasaan yg aku alami dalam bulan nie...banyakla,,,, sedih, nangis, gembira, berdebar-debar dan macam lagi . Jujurla sekarang nie aku tengah rindu sangat2 kat seseorang nie, xtahu kenapa la... mengapa...dan bagaimana.... mengawal perasaan ini.

Walaupun hidup nie banyak sangat dugaan dan cabaran tapi semuanya memang menjadikan diri aku nie untuk jadi seorang yang lebih tabah dan memahami segala situasi. Ada lagi nie, jangan tak baca heheh,, aku sekarang nie tengah berusaha untuk menyimpan duit untuk beli sesuatu yang paling berharga untuk aku. IN SHA ALLAH kalau ada rezeki aku beli, Amin.....