Friday, November 23, 2012

Resepi CUCUR KERIBANG/ KELADI

Assalammualaikum, lama jugak dah rasenyer tak update blog nie, takpela, busy sikit kebelakangan nie n banyak pulak masalah yang timbul. Hari nie, kite nak kongsikan satu resepi untuk buat cucur yang paling simple yg aku belajar daripada mak aku.

Bahan - Bahan :

1. Keladi / Keribang ( lebih kurang 200 gram kot ataupun sebanyak mana yang kau suka)
2. Tepung Gandum
3. Pewarna (Kuning oren)
4. Air
5. Garam

Cara- caranya :

1. Mula-mula kupaskan buah keladi / keribang tu dulu, then lepas tu potong ikut cita rasa anda sendiri , kemudian basuh dan letakkan dalam besen yang disediakan.

2. Lepas tu, adunkan tepung yang berpatutan dengan kuantiti keladi/ keribang tersebut dan letakkan kuantiti air yang sederhana supaya adunan tersebut tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

3. Tambahkan pewarna kuning oren ke dalam adunan tersebut dan letakkan secubit garam untuk memberi rasa sedikit pada cucur yang akan dimasak nanti.



4. Panaskan minyak dalam kuali dan tunggu sehingga ianya betul2 panas.

5. Untuk mengelakkan kecederaan ataupun terpancit minyak panas, sewaktu meletakkan adunan ke dalam kuali tersebut, anda perlu berhati-hati dan meletakkannya secara perlahan supaya minyak tersebut tidak tersembur ke muka atau terpancit pada tangan anda. (Ingat Baik2 ni)


6.Akhir sekali, setelah adunan cucur tersebut telah masak dan kekuningan warnanya , bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk menjamu selera bersama keluarga ataupun kawan2...


Maaflah kalau rupa cucur yang saya buat nie tak cantik sangat , tapi apa2 pun cubalah resepi nie, mana tahu cucur nie lebih sedap kalau korang yang buat ,,, :)





No comments:

Post a Comment