Friday, November 2, 2012

Minggu Exam :)

Alhamdulillah, Start minggu nie tadi IPG dah start exam dan untuk aku, aku memang  rasa nervous sangat2 sebelum exam 2 paper aritu, iaitu paper BI dan Bm, tapi memang agak mencabar la paper Bi tu. Kalau paper BM tu, bolehla dapat jugak aku jawab dengan tenang Alhamdulillah segala puji syukur bagi Allah s.w.t.  Buat pengetahuan korang, sem nie, sem last program persediaan aku untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan PRASEKOLAH  . Tahun depan dah masuk Ijazah la INSYA ALLAH dipermudahkan segala urusan  amin.,..

aku memang rasa macam nie tyme exam huhuhu :


tapi takla sampai nak pukul orang kan hehehhe, Aku masih ada 2 paper lagi yg belum diduduki. Antaranya ialah paper Matematik dan PSV.  Antara 2 paper nie aku masih banyak mengalami konflik dalam PSV sebab aku tak berapa nak faham sangat pasal soalan2 yg ditanya selalu,, kalau MATH pulak, aku cuba untuk buat latihan banyak2 tapi akhirnya aku pasti akan bukak fb ataupun blog sebab aku nie tak dapat tengok laptop, mesti aku akan buat kerja lain pastu. 

Aku harap exam kali ini bakal membuahkan kejayaan yang tidak ternilai untuk aku dan family aku serta rakan2 aku, Semoga semuanya dipermudahkan dan doakanlah semoga aku tenang dalam menjawab soalan ujian nanti, minta2 semuanya berjalan dengan lancar, amin...

Buat sesiapa sahaja yang nak ujian ke, table test ke, ada apa2 perkara penting yang perlu diselesaikan or masalah ke, Aku doakan semoga korang berjaya menghadapi dugaan dan cabaran tersebut, INGAT, jangan lupa berdoa, tawakal dan berusaha untuk setiap perkara yang ingin dilakukan. Insya Allah, pasti akan dapat diharungi jua nanti :)

No comments:

Post a Comment