Saturday, November 10, 2012

Jalan2 selepas habis final exam =P

Hello, semua, sekarang nie aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan2 yang aku dan geng aku buat lepas habis je final exam untuk kos kami... Kami dah plan nak pergi Kampung Budaya dan Pantai Damai untuk setengah hari rabu tu, kira 12 jam la kan, dari pagi sampai petang dalam kol berapa aku dah tak ingat la.
But, for sure, haritu memang bestla.....Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal final exam haritu, dua paper last yang aku terpaksa harungi dengan penuh ketabahan ialah Paper Matematik dan Pendidikan Seni Visual 1. Actually kan, aku rasa sedikit kecewa la tyme buat exam math tu, aku dengar kawan2 aku banyak yang buat soalan esei Math pasal Transformation, tapi aku nie pulak tiba2 pilih soalan esei Math berkenaan dengan SETS dan MATRICES, sedih sangat la, diaorang cakap soalan yang aku pilih tu susah kalau banding dengan soalan TRANSFORMATION. Tapi, aku tetap bersyukur la, aku dah lakukan yang terbaik, memang la ada jugak rasa nak dapatkan A untuk subjek nie , tapi, aku berharap semoga semua subjek yang aku duduki kali ini lulus dengan cemerlang amin....bukan apa tahun depan dah masuk Ijazah dah , kena struggle betul2 nak study n Kami ada PBS jugak tahun depan, PBS kat sekolah satu minggu dan aku dah decide untuk pilih SK JALAN MUARA TUANG tempat aku tinggal untuk buat PBS nie :)

Kembali kepada soal jalan2 lepas exam tadi,,,bes betul, kami berangkat dari IPG untuk pergi ke sana dalam pukul 8.40 mcm tu.... Then, dalam 1 jam lebih kot masa perjalanan haritu, aku pun xberapa nak perasan sangat masa yang berlalu, bukan apa dah excited sangat nak pergi jalan 2 kan nak release stress dan beban yang ada dalam otak aku nie selama aku berjihad untuk exam hari tu. Seriously memang bestla tyme tu, bayar masuk untuk ke Kampung Budaya tu dalam RM 15 sebab kami guna kad matrik student untuk pas masuk, lepas je bayar masuk tu, kami terus menjelajah ke semua tempat2 yang menarik kat sana, contohnya, RUMAH KAUM CINA, RUMAH MELANAU, RUMAH IBAN, RUMAH MELAYU, RUMAH BIDAYUH, RUMAH ORANG ULU, KAWASAN AIR TERJUN dan MACAM2 LAGI, Kami juga ada tengok persembahan tarian dari pelbagai kaum kat sana, macam2 tarian yg dipersembahkan daripada kaum yang berbeza2.....1 MALAYSIA katakan hehehhe :) . Lepas habis je explore kampung budaya tu, lepas habis solat zohor, kita orang pergi ke pantai damai pulak, jalan kaki je sebab x jauh sangat dari kawasan kampung budaya tersebut....Bila dah sampai pantai tu, perkara pertama yang kami buat adalah makan, nasib baik ada bawak bekal makanan mee Bihun dan roti , walaupun makanan tu ala kadar je dan x seberapa nak sedap sebab aku yang masak la nie, SORRY kawan, mee aku hari tu ada keras ckit,bukan apa, mana la ada dapur kat asrama dan bahan2 pun xlengkap sangat untuk masak....really SORRY kawan.... Lepas habis makan kita org pergi tepi pantai untuk ambil angin, jalan2 dan LAYAN PERASAAN mcm aku hari tu termenung je kerja aku kat sana dan aku suka bersendirian je...


KAWAN2 : Isma, Aziz, Jes, Hijrah, Zizah, n camerawoman Penny :)



me,,,,at tepi pantai :P


K.A.M.I

Penat sangat lepas jalan2 tertidur pulak dalam van :o



Termenung jauh pulak aku nie...


Aktiviti terakhir iaitu KARAOKE bersama 4 orang rakan aku, ISMA , HIJRAH, AZIZ dan JASZ MINT yang masih mampu bertahan untuk jalan2 pada sebelah malam nya pulak , macam 2 lagu aku bawak ,,,tapi aku paling suka lagu KISAH HATI dari Alyah :)



BTW, AKU DAH NAK HABISKAN ENTRY NIE, THANKS SEBAB SUDI BACA, LAIN KALI AKU UPDATE LAGI K, MOGA2 AKU BERKESEMPATAN UNTUK MENCORET KISAH YANG LEBIH INDAH,BERGUNA DAN BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA RAKAN BLOGGER.. SALAM UKHUWAH. BUAT KALIAN :)








No comments:

Post a Comment