Tuesday, November 13, 2012

Conteng Sana Sini :)

Assalammualaikum w.b.t rakan blogger sekalian, hari nie aku nak conteng je entry aku ni dengan apa2 yang terlintas dalam fikiran aku nie, memang boring jugak la tyme start cuti nie, rasa macam boring sangat nak online facebook, bukan apa, kawan aku banyak yang xde online. So, akhirnya aku akan bukak blog la, apalagi update punya cerita , pelbagai segmen yang aku join pulak tu, bukan nyer apa sebenarnya aku rasa boring sangat pasal tu aku join macam2 segmen kalau xnyer malas betul aku nak tulis entry tentang segemen2 nie heheehhehe,,,,,tapi aku ikhlas join segmen tu tau jangan salah faham pulak lepas baca entry aku nie nanti. Berbicara soal perasaan pulak, Perasaan aku sekarang nie rasa macam setengah happy setengah sedih kot.

Pertamanya aku happy sebab cuti dah bermula lebih kurang dekat nak dua bulan kot kami cuti, cuti untuk guru pelatih ipg nie sama dengan cuti sekolah. Walaupun aku rasa happy, dalam masa yang sama aku sedih jugak sebab aku lama tak jumpe kawan2 nanti,rindu sangat2 kat diaorang, kalau diaorang ada mesti suasana yang sunyi sepi nie akan dimeriahkan dengan gelak ketawa mereka , gosip, cerita dan macam2 lagi hehehe....Kat sini la baru aku sedar selama nie aku asyik nak balik rumah jer kalau dah pulang ipg setiap hujung minggu tu, rupa2nya aku patut hargai jugak masa bersama kawan2 nie, bukan selalu kan , I MISS THEM ( IEYSMA, PENNY, HIJRAH, ZIZAH, JASZ MINT, CINCIN, AZIZ, KAREN, SOMEONE , dan tidak lupa juga kepada CLASSMATES yang lain).

Sebut pasal CONTENG, aku memang suka nak conteng sana sini kalau dah rasa boring, so jangan hairan la kalau macam2 entry aku buat lepas nie, bukan apa aku tak tahu nak buat apa lagi kat rumah nie, plan nak bercuti ke SIBU - BINTULU - MIRI  belum konfirm lagi bila dan jadi atau tidak. Tapi aku tetap akan berusaha untuk menghargai masa cuti aku nie dengan sebaik-baiknya, dengan pelbagai kerja yang berfaedah dan yang paling penting aku akan berusaha untuk mensyukuri apa-apa yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada aku dan rezeki daripadanya, InsyaAllah amin.... =D


PS: Buat rakan2 blogger jomla singgah kat blog kite, baca entry yang kite tulis hehheheheh ,,, BYE2 dan Assalammualaikum w.b.t  ......

3 comments:

  1. Selamat bercuti ye..samalah..tengah bercuti jugak sekarang..bosan2 buat entry blog sebab kwn yg lain pun jarang on9 juga..hehehe..=D

    ReplyDelete
  2. Selamat Bercuti jugak Marlia, samalah kita kan memang rase boring sangat2 cuti nie, tak tahu lagi nak buat ape, BTW, Salam ukhuwah ,,, :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. ^.^
    Niena datang sini nak jemput join GA Niena .. Jom join ! Lebih 20 hadiah untuk dimenangi .. =)
    http://nienasofea.blogspot.com/2012/11/giveaway-1st-anniversary-realiti-bukan.html

    *sila abaikan jika sudah join .. tq .. =)

    ReplyDelete