Friday, November 2, 2012

AkU Insan Yang Lemah :'(

Salam ku ucapkan kepada rakan blogger yang masih sudi nak jenguk2 blog aku nie. Walaupun aku selalu post entri yang x membina dan x penting tapi aku tetap degil jugak nak tulis diari hidup aku dalam ni, biarlah nanti kalau aku dah tua ia akan jadi kenangan abadi buatku selain daripada diari yang aku tulis guna tangan kan. Entahlah, kenapa makin hari aku rasa makin putus asa dah nak suka kat seseorang tu, mungkin dah malas lagi nak melayan perasaan yang terbuku banyak sangat kat dalam hati ini, rasa mcm dah kosong sangat heheh... teringat pulak lagu NAJWA LATIF Aku rasa Kosong-kosong dan kosong.

Namun tiap hari aku mula gagahkan diri untuk membuka lembaran baru untuk mula belajar melupakan semua yang telah terjadi dalam hidup aku satu tahun setengah ini, sebab azam aku untuk tahun hadpan aku boleh jadi seorang SEHAH yang kuat dan tak mudah putus asa dalam mengejar impian, Pasal org yang ku suka tu, aku memang rasa dah makin lama hilang jugak dah rasa tu, mungkin dia bukan jodoh untuk aku kot. Namun, tipulah kalau aku xpernah ingat kat dia kan. Nevermind, aku takkan fikir kan hal dia lagi sebab aku tahu jodoh itu kat tangan tuhan.

Rasa nak nangis aku tulis entry ni, x tahu kenapa,aku ni kuat sangat feeling ke ? mungkin jugak kot. Dah lumrah manusia pernah suka, sayang, cinta kat seseorang kan ? tapi aku belum sampai ke tahap CINTA kot. sebab aku tahu bercinta lepas kahwin tu membuahkan banyak kebahagiaan dan halal jugak nanti banyak pahala lagi tu.

Aku mintak maaf jugak kat korang kalau entri aku kali ini agak tak penting buat korang baca tapi korang dah terbukak kan mesti terbaca jugak , mungkin jugak entri aku kali ini macam over la pulak kan, tapi akutak kisah sebab aku nak jugak luahkan perasaan kat sini sebab aku tak nak hati aku makin luka dengan parah menahan segala kekusutan yang berlaku dalam diri, jiwa dan hati aku..

Aku bermohon kepada ALLAH S.W.T , semoga aku diberi ketenangan untuk menghadapi semua ini dengan lebih tabah dan yang paling penting harus tetap tersenyum :)





2 comments: