Tuesday, December 25, 2012

Berdebu dah Blog Aku

Assalammualaikum w.b.t, Apa Khabar rakan blogger? sempena 25 hb disember 2012 nie, saya nak ucapkan selamat menyambut hari natal dan MERRY CHRISTMAS n Happy New Year buat semua. SEBUT  pasal tahun baru, pasti orang akan cakap tentang Azam dan macam2 lagi2,,,,,aKu banyak jugak punya azam nie.....bukan ckit, malas ku nak tulis kat cnie,,,,terlalu complicated jadi nya nanti hehhe.

Azam aku yang paling utama adalah nak beli LAPTOP , jenama apa aku belum tahu lagi, sebab sekarang aku masih guna notebook kecil jenama HP, kuat legging, bateri dah tak tahan lama jugak, bukan apa dah dekat nak 3 tahun dah aku guna notebook tu, itu pun bukan aku yang punya sebenarnya, Bapak aku yang punya.

Macam2 jugak perkara yang berlaku kebelakangan nie  yang telah membuatkan aku sedar dari segala-galanya.. ALHAMDULILLAH jugak pasal result exam aku untuk PPISMP sem3 yang terakhir aku sebelum masuk ke PISMP tu aku LULUS. Syukur sangat2. :) Tapi, pointer belum ada lagi kot, mungkin dalam esok hari ataupun minggu depan kot pointer keluar....

Aku bingung jugak nie, walaupun cuti, aku masih dalam dilema buat PROJEK KAMPUNGKU NIE,, lama dah sebenarnya pensyarah kami org bagi kerja tu, cuma masalah nya aku tak tahu mcmana nak cari maklumat lagi, Kalau RAKAN BLOGGER tahu tentang tempat nie LINGGA, LUBOK ANTU, KABONG, ROBAN, DEBAK, SRI AMAN, ENGKELILI, PUSA , SPAOH, BETONG dan SARATOK KAT AREA SARAWAK semua tempat nie, boleh inform kat aku, Aku nak tahu tentang keistimewaan tempat ini dan MASKOT dia sekali kalau ada, KALAU ADA GAMBAR lagi lha bagus kan....


sampai sini saja dulu la aku coretkan entry kat blog aku nie, aku nak try tuka background blog aku pulak malam nie k,,,daaaa....

Thursday, December 6, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga - Tv Al-Hijrah

Assalammualaikum, Apa Khabar semua rakan blogger??? semuanya sihat walafiat kan......Pasal tajuk entri di atas, ada cerita Cinta Islamik yang terbaru di Tv AL- Hijrah, takla baru sangat boleh dikira lama jugak dah ditayangkan cerita nie.

Saya suka sangat cerita nie bukan sekadar menghayati kisah cinta di antara WARDAH ( HELIZA HELMI) dan Amir (IMAM MUDA NAZRUL), tetapi bagaimana mereka mengendalikan perasaan mereka masing2, first time tengok cerita yang boleh buat aku tak pernah miss tengok pun satu episod cerita ni...

Apa-apapun aku cadangkan korang tengok cerita nie best  tau :)




Jangan Lupa tengok cerita ni k, kat TV AL-HIJRAH setiap Selasa-Khamis dalam pukul 8.30 macam tu .

Friday, November 23, 2012

Resepi CUCUR KERIBANG/ KELADI

Assalammualaikum, lama jugak dah rasenyer tak update blog nie, takpela, busy sikit kebelakangan nie n banyak pulak masalah yang timbul. Hari nie, kite nak kongsikan satu resepi untuk buat cucur yang paling simple yg aku belajar daripada mak aku.

Bahan - Bahan :

1. Keladi / Keribang ( lebih kurang 200 gram kot ataupun sebanyak mana yang kau suka)
2. Tepung Gandum
3. Pewarna (Kuning oren)
4. Air
5. Garam

Cara- caranya :

1. Mula-mula kupaskan buah keladi / keribang tu dulu, then lepas tu potong ikut cita rasa anda sendiri , kemudian basuh dan letakkan dalam besen yang disediakan.

2. Lepas tu, adunkan tepung yang berpatutan dengan kuantiti keladi/ keribang tersebut dan letakkan kuantiti air yang sederhana supaya adunan tersebut tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

3. Tambahkan pewarna kuning oren ke dalam adunan tersebut dan letakkan secubit garam untuk memberi rasa sedikit pada cucur yang akan dimasak nanti.



4. Panaskan minyak dalam kuali dan tunggu sehingga ianya betul2 panas.

5. Untuk mengelakkan kecederaan ataupun terpancit minyak panas, sewaktu meletakkan adunan ke dalam kuali tersebut, anda perlu berhati-hati dan meletakkannya secara perlahan supaya minyak tersebut tidak tersembur ke muka atau terpancit pada tangan anda. (Ingat Baik2 ni)


6.Akhir sekali, setelah adunan cucur tersebut telah masak dan kekuningan warnanya , bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk menjamu selera bersama keluarga ataupun kawan2...


Maaflah kalau rupa cucur yang saya buat nie tak cantik sangat , tapi apa2 pun cubalah resepi nie, mana tahu cucur nie lebih sedap kalau korang yang buat ,,, :)





Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H bersamaan 1 MUHARAM

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

tidak terlambat seandainya diri ini serta keluarga ingin mengucapkan salam Maal Hijrah buat semua rakan2 blogger yang beragama Islam dan umat Islam di seluruh dunia, Moga-moga diri ku ini dapat berhijrah ke arah yang lebih baik sempena tahun baru ini, InsyaAllah...Amin...

Di sini saya nak kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun :)


Alhamdulillah, aku dah baca doa nie tadi , Moga2 kita dan semua umat Islam di dunia ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Amin........

PS : Aku harap bersempena dengan tahun baru MAAL HIJRAH yang mulia ini, aku akan mampu berubah ke arah yang lebih baik dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini...

Salam Maal Hijrah aku tujukan kepada rakan2 aku yang beragama Islam di IPG dan satu kelas iaitu DAYANG AZIZAH, NOR ISMAWATI, NURUL HIJRAH, AZIZ AHIM, ROSMAWATI, NURULSRIBISTARI, NURUS DASHIELA, NOR FARHANA dan juga rakan - rakan dari kelas lain.

:)

Tuesday, November 13, 2012

Conteng Sana Sini :)

Assalammualaikum w.b.t rakan blogger sekalian, hari nie aku nak conteng je entry aku ni dengan apa2 yang terlintas dalam fikiran aku nie, memang boring jugak la tyme start cuti nie, rasa macam boring sangat nak online facebook, bukan apa, kawan aku banyak yang xde online. So, akhirnya aku akan bukak blog la, apalagi update punya cerita , pelbagai segmen yang aku join pulak tu, bukan nyer apa sebenarnya aku rasa boring sangat pasal tu aku join macam2 segmen kalau xnyer malas betul aku nak tulis entry tentang segemen2 nie heheehhehe,,,,,tapi aku ikhlas join segmen tu tau jangan salah faham pulak lepas baca entry aku nie nanti. Berbicara soal perasaan pulak, Perasaan aku sekarang nie rasa macam setengah happy setengah sedih kot.

Pertamanya aku happy sebab cuti dah bermula lebih kurang dekat nak dua bulan kot kami cuti, cuti untuk guru pelatih ipg nie sama dengan cuti sekolah. Walaupun aku rasa happy, dalam masa yang sama aku sedih jugak sebab aku lama tak jumpe kawan2 nanti,rindu sangat2 kat diaorang, kalau diaorang ada mesti suasana yang sunyi sepi nie akan dimeriahkan dengan gelak ketawa mereka , gosip, cerita dan macam2 lagi hehehe....Kat sini la baru aku sedar selama nie aku asyik nak balik rumah jer kalau dah pulang ipg setiap hujung minggu tu, rupa2nya aku patut hargai jugak masa bersama kawan2 nie, bukan selalu kan , I MISS THEM ( IEYSMA, PENNY, HIJRAH, ZIZAH, JASZ MINT, CINCIN, AZIZ, KAREN, SOMEONE , dan tidak lupa juga kepada CLASSMATES yang lain).

Sebut pasal CONTENG, aku memang suka nak conteng sana sini kalau dah rasa boring, so jangan hairan la kalau macam2 entry aku buat lepas nie, bukan apa aku tak tahu nak buat apa lagi kat rumah nie, plan nak bercuti ke SIBU - BINTULU - MIRI  belum konfirm lagi bila dan jadi atau tidak. Tapi aku tetap akan berusaha untuk menghargai masa cuti aku nie dengan sebaik-baiknya, dengan pelbagai kerja yang berfaedah dan yang paling penting aku akan berusaha untuk mensyukuri apa-apa yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada aku dan rezeki daripadanya, InsyaAllah amin.... =D


PS: Buat rakan2 blogger jomla singgah kat blog kite, baca entry yang kite tulis hehheheheh ,,, BYE2 dan Assalammualaikum w.b.t  ......

Monday, November 12, 2012

"Segmen : Follow Sampai Meletup"

Assalammualaikum.... malam nie, saya nak ajak rakan2 blogger untuk join segmen nie :)



Kalau tak nak tekan banner nie, tekan SINI :)

Nie jumlah follower aku sekarang ;


Nie pulak bukti aku dah join kedua2 tuan punya blog yang buat segmen nie :P



nie pulak kawan yang aku tag ...


Sekarang nie bilangan follower aku ada 56 orang,,,,


-Target Followers-  Aku mungkin target sebanyak yang mungkin follower at least boleh capai 100 kot
-Pilih hadiah antara DRESS or LOMO- Kalau aku la aku pilih LOMO



Jangan lupa join segmen nie k :)


Lagu Blog Aku :)

ISTIKHARAH CINTA :)







Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



ps : Lagu ni mengingatkan aku pada seseorang, :)



Saturday, November 10, 2012

Jalan2 selepas habis final exam =P

Hello, semua, sekarang nie aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan2 yang aku dan geng aku buat lepas habis je final exam untuk kos kami... Kami dah plan nak pergi Kampung Budaya dan Pantai Damai untuk setengah hari rabu tu, kira 12 jam la kan, dari pagi sampai petang dalam kol berapa aku dah tak ingat la.
But, for sure, haritu memang bestla.....Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal final exam haritu, dua paper last yang aku terpaksa harungi dengan penuh ketabahan ialah Paper Matematik dan Pendidikan Seni Visual 1. Actually kan, aku rasa sedikit kecewa la tyme buat exam math tu, aku dengar kawan2 aku banyak yang buat soalan esei Math pasal Transformation, tapi aku nie pulak tiba2 pilih soalan esei Math berkenaan dengan SETS dan MATRICES, sedih sangat la, diaorang cakap soalan yang aku pilih tu susah kalau banding dengan soalan TRANSFORMATION. Tapi, aku tetap bersyukur la, aku dah lakukan yang terbaik, memang la ada jugak rasa nak dapatkan A untuk subjek nie , tapi, aku berharap semoga semua subjek yang aku duduki kali ini lulus dengan cemerlang amin....bukan apa tahun depan dah masuk Ijazah dah , kena struggle betul2 nak study n Kami ada PBS jugak tahun depan, PBS kat sekolah satu minggu dan aku dah decide untuk pilih SK JALAN MUARA TUANG tempat aku tinggal untuk buat PBS nie :)

Kembali kepada soal jalan2 lepas exam tadi,,,bes betul, kami berangkat dari IPG untuk pergi ke sana dalam pukul 8.40 mcm tu.... Then, dalam 1 jam lebih kot masa perjalanan haritu, aku pun xberapa nak perasan sangat masa yang berlalu, bukan apa dah excited sangat nak pergi jalan 2 kan nak release stress dan beban yang ada dalam otak aku nie selama aku berjihad untuk exam hari tu. Seriously memang bestla tyme tu, bayar masuk untuk ke Kampung Budaya tu dalam RM 15 sebab kami guna kad matrik student untuk pas masuk, lepas je bayar masuk tu, kami terus menjelajah ke semua tempat2 yang menarik kat sana, contohnya, RUMAH KAUM CINA, RUMAH MELANAU, RUMAH IBAN, RUMAH MELAYU, RUMAH BIDAYUH, RUMAH ORANG ULU, KAWASAN AIR TERJUN dan MACAM2 LAGI, Kami juga ada tengok persembahan tarian dari pelbagai kaum kat sana, macam2 tarian yg dipersembahkan daripada kaum yang berbeza2.....1 MALAYSIA katakan hehehhe :) . Lepas habis je explore kampung budaya tu, lepas habis solat zohor, kita orang pergi ke pantai damai pulak, jalan kaki je sebab x jauh sangat dari kawasan kampung budaya tersebut....Bila dah sampai pantai tu, perkara pertama yang kami buat adalah makan, nasib baik ada bawak bekal makanan mee Bihun dan roti , walaupun makanan tu ala kadar je dan x seberapa nak sedap sebab aku yang masak la nie, SORRY kawan, mee aku hari tu ada keras ckit,bukan apa, mana la ada dapur kat asrama dan bahan2 pun xlengkap sangat untuk masak....really SORRY kawan.... Lepas habis makan kita org pergi tepi pantai untuk ambil angin, jalan2 dan LAYAN PERASAAN mcm aku hari tu termenung je kerja aku kat sana dan aku suka bersendirian je...


KAWAN2 : Isma, Aziz, Jes, Hijrah, Zizah, n camerawoman Penny :)



me,,,,at tepi pantai :P


K.A.M.I

Penat sangat lepas jalan2 tertidur pulak dalam van :o



Termenung jauh pulak aku nie...


Aktiviti terakhir iaitu KARAOKE bersama 4 orang rakan aku, ISMA , HIJRAH, AZIZ dan JASZ MINT yang masih mampu bertahan untuk jalan2 pada sebelah malam nya pulak , macam 2 lagu aku bawak ,,,tapi aku paling suka lagu KISAH HATI dari Alyah :)



BTW, AKU DAH NAK HABISKAN ENTRY NIE, THANKS SEBAB SUDI BACA, LAIN KALI AKU UPDATE LAGI K, MOGA2 AKU BERKESEMPATAN UNTUK MENCORET KISAH YANG LEBIH INDAH,BERGUNA DAN BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA RAKAN BLOGGER.. SALAM UKHUWAH. BUAT KALIAN :)








SEGMEN : Jom Join Segmen Blog List Akhir Tahun :)

Nie ada satu lagi segmen yang menarik untuk diikuti, Jom kita jalan2 blogwalking melalui segmen nie untuk mengisi masa lapang tyme cuti nih....



Kalau tak nak tekan Banner , tekan SINI je :)

Lupa pulak ku nak cakap, yang buat segmen nie LIYANA SYAFIQAH

Jom la kita sama2 join untuk mengeratkan ukhuwah sesama blogger, InsyaAllah silaturrahim dapat dieratkan lagi dan perkongsian ilmu akan dipermudahkan...

Segmen Sabtu Jom Cari Follower Bersama

Assalammualaikum, dan hello buat rakan2 blog aku hhehe :)

Hari nie aku nak ajak korang join segmen nie, Blog AISYAH HUMAIRA

JOM JOIN :)

http://www.aisyahhumaira.com/2012/11/segmen-sabtu-jom-cari-follower-bersama.html

Jangan lupa tekan header atas ataupun link tu  dan join ,,,

Terima kasih kalau ada yg dah sudi buka entry nie dan baca, kalau xnak join pun x pa, kite x paksa pun cuma nak suruh korang tambah follower je nie :)


Friday, November 2, 2012

Minggu Exam :)

Alhamdulillah, Start minggu nie tadi IPG dah start exam dan untuk aku, aku memang  rasa nervous sangat2 sebelum exam 2 paper aritu, iaitu paper BI dan Bm, tapi memang agak mencabar la paper Bi tu. Kalau paper BM tu, bolehla dapat jugak aku jawab dengan tenang Alhamdulillah segala puji syukur bagi Allah s.w.t.  Buat pengetahuan korang, sem nie, sem last program persediaan aku untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan PRASEKOLAH  . Tahun depan dah masuk Ijazah la INSYA ALLAH dipermudahkan segala urusan  amin.,..

aku memang rasa macam nie tyme exam huhuhu :


tapi takla sampai nak pukul orang kan hehehhe, Aku masih ada 2 paper lagi yg belum diduduki. Antaranya ialah paper Matematik dan PSV.  Antara 2 paper nie aku masih banyak mengalami konflik dalam PSV sebab aku tak berapa nak faham sangat pasal soalan2 yg ditanya selalu,, kalau MATH pulak, aku cuba untuk buat latihan banyak2 tapi akhirnya aku pasti akan bukak fb ataupun blog sebab aku nie tak dapat tengok laptop, mesti aku akan buat kerja lain pastu. 

Aku harap exam kali ini bakal membuahkan kejayaan yang tidak ternilai untuk aku dan family aku serta rakan2 aku, Semoga semuanya dipermudahkan dan doakanlah semoga aku tenang dalam menjawab soalan ujian nanti, minta2 semuanya berjalan dengan lancar, amin...

Buat sesiapa sahaja yang nak ujian ke, table test ke, ada apa2 perkara penting yang perlu diselesaikan or masalah ke, Aku doakan semoga korang berjaya menghadapi dugaan dan cabaran tersebut, INGAT, jangan lupa berdoa, tawakal dan berusaha untuk setiap perkara yang ingin dilakukan. Insya Allah, pasti akan dapat diharungi jua nanti :)

AkU Insan Yang Lemah :'(

Salam ku ucapkan kepada rakan blogger yang masih sudi nak jenguk2 blog aku nie. Walaupun aku selalu post entri yang x membina dan x penting tapi aku tetap degil jugak nak tulis diari hidup aku dalam ni, biarlah nanti kalau aku dah tua ia akan jadi kenangan abadi buatku selain daripada diari yang aku tulis guna tangan kan. Entahlah, kenapa makin hari aku rasa makin putus asa dah nak suka kat seseorang tu, mungkin dah malas lagi nak melayan perasaan yang terbuku banyak sangat kat dalam hati ini, rasa mcm dah kosong sangat heheh... teringat pulak lagu NAJWA LATIF Aku rasa Kosong-kosong dan kosong.

Namun tiap hari aku mula gagahkan diri untuk membuka lembaran baru untuk mula belajar melupakan semua yang telah terjadi dalam hidup aku satu tahun setengah ini, sebab azam aku untuk tahun hadpan aku boleh jadi seorang SEHAH yang kuat dan tak mudah putus asa dalam mengejar impian, Pasal org yang ku suka tu, aku memang rasa dah makin lama hilang jugak dah rasa tu, mungkin dia bukan jodoh untuk aku kot. Namun, tipulah kalau aku xpernah ingat kat dia kan. Nevermind, aku takkan fikir kan hal dia lagi sebab aku tahu jodoh itu kat tangan tuhan.

Rasa nak nangis aku tulis entry ni, x tahu kenapa,aku ni kuat sangat feeling ke ? mungkin jugak kot. Dah lumrah manusia pernah suka, sayang, cinta kat seseorang kan ? tapi aku belum sampai ke tahap CINTA kot. sebab aku tahu bercinta lepas kahwin tu membuahkan banyak kebahagiaan dan halal jugak nanti banyak pahala lagi tu.

Aku mintak maaf jugak kat korang kalau entri aku kali ini agak tak penting buat korang baca tapi korang dah terbukak kan mesti terbaca jugak , mungkin jugak entri aku kali ini macam over la pulak kan, tapi akutak kisah sebab aku nak jugak luahkan perasaan kat sini sebab aku tak nak hati aku makin luka dengan parah menahan segala kekusutan yang berlaku dalam diri, jiwa dan hati aku..

Aku bermohon kepada ALLAH S.W.T , semoga aku diberi ketenangan untuk menghadapi semua ini dengan lebih tabah dan yang paling penting harus tetap tersenyum :)





Sunday, October 28, 2012

Bakal Imam ??? Rahsia Allah S.W.T :)

Assalammualaikum w.b.t., selamat datang ke new entry hehehhe,,

malam2 mcmnie rasa nak post pasal jodoh n bakal imam pulak heheheh.., Actually kan bagi aku, aku tak perlukan seorang  bakal suami seorang Ustaz, Imam, Orang Kaya , Hensem, dan sewaktu dengannya, cuma aku hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t kerana jodoh itu rahsia ALLAH S.W.T sebenarnya , kita tak tahu sapa jodoh kita, tapi yang pastinya kita tahu yg ia memang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi, Insya Allah semua nya bakal bertemu jodoh , kalau x bertemu pun di syurga bakal ada bidadari mahupun bidadara yg setia menunggu Insya Allah ,,,,Amin..... :)


Sememangnya Allah S.W.T telah merancang dan membuatkan semuanya akan lebih indah pada waktunya nanti :)


Insya Allah, impian aku, kalau dah bertemu dengan bakal imamku nanti, aku ingin menjadi seperti pasangan ini yang sudah pasti halal hubungannnya,, pegang2 pun dapat pahala lainla kalau belum kahwin memang dosa la....


Aku selalu berfikir macamni, tapi hati dan perasaan tu harus dikawal jugak jangan dilayan sangat yang penting aku harus study2 betol2 dulu , then kalau dah ada masa depan baru fikir lagi pasal ni heheh


Sweet kan kalau dah kawin hehehehehhe 


Bercintalah Kerana ALLAH S.W.T : D



Semoga semuanya bakal indah pada waktunya nanti, Semoga berbahagia buat semua rakan2 blogger,, jangan risau kalau ada yang belum menemui cinta mahupun jodoh,, semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa....Insya Allah Amin..

Friday, October 19, 2012

SEGMEN: UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK

Assalammualaikum, jom kita semua join nie yer :)



Klik banner ni ataupun KLIK KAT SINI JE,,,

Nie senarai kawan2 yang kene tag ,,,sorry la kalau ada yang takde,,,saya tag yg saya sempat dulu,,,,SO sorry....

MAYANG ABDUL RAZAK

SITU SITU SANA SINI

ERAZ FADLI

AIMI SYAHIRAH

CIK KD

AISYAH HUMAIRA

SAEDAH SYAKIR

ISABEL DIAZ

DIERA TEKIKUSHIKA



Wednesday, October 17, 2012

DINNER IPGKTAR FIRST EDITION 2012

Assalammualaikum ku ucapkan kepada semua silent reader blog ni,, lama jugak dah blog aku ni berhabuk kan kesian dia takde org nak singgah tolong ceriakan dia dan buang habuk2 kat sini,,tapi takpe aku dah datang menyelamatkan blog aku nie, kesian kena tinggal tuan hehhehe....:p

Hari nie aku nak cerita ckit apa yang jadi pada hari SELASA bersamaan dengan 16 OKTOBER 2012  yang lepas, best betul,, SAYA SUKA SANGAT GI DINNER hehhehehhe,,,saya x kesah sangat pasal hal pakaian nie sebenarnya tapi nak jugak la up to date dengan tema dinner IPG kami malam tu iaitu                  " GLAMOUROUS ".....SEMUA org cantik2 je malam tu takde yg muka saya kenal dah semua dah transform hahahaha,,,,gurau je la....meh sini saya tunjukkan gambar2 yg berkaitan dengan MAJLIS MAKAN MALAM/ DINNER kami ehhehehehhehe =D


inilah SAYA  biasa2 je x glamour pun :p


kawan2 :)



model makan kat meja.... ( model la sangat )



penny (PRINCESS) hehehe


makanan ( Sedaaaaaapppppppp.....)




Aku suka tengok baju nie cantik kan ........ THUMBS UP TO NUR HAFIZAH :)




Korang tahu x ? malam tu aku dapat cabutan bertuah yg paling berharga hehehe,,,,,,,x sangka mula2 tu aku dah putus asa dah ,,,,,dah sampai cabutan bertuah kali ke 4 tu diaorang cakap hadiah istimewa akan dibagi UNCOINCIDENTALLY ,,,,,dia sebut nombor 0550 tu la nombor tiket aku hahhhaaaa...

yang paling lawak nya lagi tyme aku pergi kat depan tu aku lupak pulak bawa nombor tu sekali nasib baik la pensyarah tu nak jugak bagi hadiah tu kat aku kalau tak malu la aku,,naik atas pentas tapi turun x bawa apa2 kan?  nak tahu tak apa isi hadiah tu 
JENG....JENG......JENG.....

AKU DAPAT KIPAS ANGIN MEJA WARNA SPRING GREEN :) ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T  kerana aku diberi hadiah yg berharga ini........




Sempat jugak berposing kat sana-sini :p




nie pun aku suka tema dia red in black......waaaaa...cantik ;)


ROOMMMATE :)


with CIKGU AZIZ dan USTAZ ZAKARIA :O




Lastly nice smile for you all cheese :)


ps : Aku suka sangat malam nie, aku rasa bahagia jugak tengok someone dari jauh pun dah cukup kan ,,tengok senyuman seseorang tu pun dah buat hati aku berdegup kencang .....BTW  jangan lupa singgah la dalam entri nie k  :)